Assalamualaikum wbt dan sejahtera.
Kepada semua anggota Askar Wataniah UniKL MIIT, sukacita dimaklumkan bahawa Latihan Tempatan akan dijalankan seperti biasa bermula 4 Julai sehingga bulan September 2020. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas,
Nur Aisyah (Presiden)
ATTENTION TO ALL MIIT STAFFS AND STUDENTS
NEW MEMBERS RECRUITMENT FOR PASUKAN ASKAR WATANIAH (PASKAW) MIIT SEMESTER JULY 2020
Assalamualaikum and hello everyone!😁
We're from Pasukan Askar Wataniah (PASKAW) MIIT and currently recruiting new members to our club. However, there are conditions in order to join our club which is listed below:
- Malaysian citizens only.
- Age 18 to 45 years old only.
- Healthy body (medical officer's confirmation if required).
- Obtain the consent of the parent / guardian.
- Register as a member of the Askar Wataniah under Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Apply the application by filling the application. (will be given later)
- Not participating in any other uniformed team. (students that registered APM strictly cannot join our club)
- Open for staffs and students (foundation, diploma or degree), except for Intern
BENEFITS
- GHOCS
- Allowance for attending training
- Yearly bounty
- Uniform is provided
- Insurance
- Army training such as shooting, compass marching, abseiling, hiking etc
Apply here
>> link <<
Thank you.
‘SEDIA BERKORBAN’
Due date for application: 01/08/2020
TENTERA DARAT MALAYSIA
Gagah dan Setia
Tabah dan Perkasa
Itulah Cogan Kata
Tentera Darat Malaysia
Gempur-Gempur Wira
Maju-Maju Mara
Rela Berkorban Jiwa
Untuk Negara Dan Bangsa
Hutan Rimba Lembah Desa
Memburu Musuh Durjana
Tidak Gentar Mara Bahaya
Pantang Undur Tetap Mara
Gempur Wira Bergelora
Semangat Untuk Perwira
Jasad Mungkin Gugur Di Rimba
Kami Tetap Gagah Setia
Gempur-Gempur Wira Maju-Maju mara
Rela Berkorban Jiwa
Untuk Negara Dan Bangsa
>>VIDEO<<
Lagu Askar Wataniah
Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan
Menyahutlah seruan pertiwi
Mari muda dan mudi
Berkhidmat dengan bangganya
Tak kira keturunan ataupun bangsa
Kami rela berhadapan
Kamilah sukarelawan
Juga sukarelawati
Menjadi satu sumpahan kami
Berundur tak sekali-kali
Ini azam dan janji
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara
>>VIDEO<<
Ikrar Kesatria
1.Beriman kepada tuhan dan bertakwa kepadanya.
2.Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah.
3.Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
4.Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
5.Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.
>>VIDEO<<
BENDERA REJIMEN ASKAR WATANIAH
Bendera AW. Menggunakan tiga warna iaitu merah, hijau dan sebuah bintang pecah 14 yang berwarna kuning.
Konsep Warna:
- Merah – Melambangkan semangat perjuangan,kegagahan, keperwiraan dan etika yang tinggi.
- Hijau – Melambangkan kemakmuran tanah air.
- Kuning – Melambangkan negara yang mengamalkan dasar raja berperlembagaan.
Pecahan Bintang. Melambangkan 14 negeri yang ada di Malaysia.
LOGO REJIMEN ASKAR WATANIAH
* Bentuk logo adalah bentuk perisai.
* Warna yang digunakan adalah warna emas pada keseluruhan logo.
* Motto dalam tulisan jawi "Berkhidmat Untuk Negara".
* Konsep Lakaran
o Bunga Padi – Perpaduan, keharmonian dan kerjasama di kalangan semua perkhidmatan ATM.
o Keris dan Parang – Kepahlawanan dan keperwiraan sentiasa dijunjung demi agama, bangsa dan negara.
o Bulan dan Bintang – Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.