Frequently Asked Questions (FAQ)
SOALAN LAZIM MENGENAI ASKAR WATANIAH (ASAS)
CREDIT : FACEBOOK REJIMEN 501
S: Apakah itu Askar Wataniah?
J: Askar Wataniah (AW) adalah badan Sukarela yang berlainan dari badan-badan Sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia dan bersama-sama dengannya untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara di samping penglibatan angkatan tentera. Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.
S: Anggota UNIKL MIIT di bawah naungan apa?
J: UniKL MIIT berada di bawah Batalion 1, Rejimen 502 bersama-sama beberapa buah kampus UniKL lain iaitu UniKL MIAT, UniKL MFI, UniKL MESTECH, dan UniKL BMI.
S: Adakah latihan menganggu waktu pembelajaran?
J: Latihan tempatan akan diadakan 2 kali sebulan setiap hujung minggu dan bagi kursus serta latihan akan diselaraskan melalui perbincangan yang kebiasaannya akan dilaksanakan pada cuti sem.
S: Apakah itu Rejimen 502 Askar Wataniah?
J: Rejimen 502 Askar Wataniah merupakan pasukan unit tempur infantri Askar Wataniah di bawah naungan 11 Briged yang bertanggungjawab bagi kawasan negeri Selangor.
S: Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menyertai Askar Wataniah?
J: Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau Pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:-
Warganegara Malaysia.
Berumur di antara 18 ke 45 tahun.
Mempunyai kelayakan akademik SPM bagi kategori Lain-Lain Pangkat.
Sihat tubuh badan.
Tidak mempunyai rekod jenayah.
Mempunyai kelayakan akademik IJAZAH bagi kategori Pegawai.
Telah menghadiri Kursus Bakal Pegawai bagi kategori Pegawai.
Berpangkat Koperal untuk memohon Menghadiri Kursus Bakal Pegawai.
Telah menghadiri Kursus Kawad atau Kursus Senjata untuk memohon Menghadiri Kursus Bakal Pegawai.
S: Apakah yang perlu saya lakukan untuk menyertai Rejimen 502 Askar Wataniah?
J: Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:-
4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
4 Salinan Kad Pengenalan Awam.
4 Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
4 Salinan Sijil Kelahiran.
4 Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.
4 Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
S: Dimanakah boleh saya menyertai Rejimen 502 Askar Wataniah di bawah kendalian UniKL?
J: Untuk menjadi seorang anggota Askar Wataniah anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dan terus melapor ke ahli jawatankuasa Kelab Askar Wataniah UniKL kampus masing-masing.
S: Apakah tujuan utama dan manfaat istimewa untuk saya menyertai Askar Wataniah?
J:
· Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
· Mengisi masa lapang yang berfaedah.
· Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
· Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
· Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
· Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan & pasukan-pasukan di seluruh negara.
· Elaun latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72jam & kem tahunan.
· Bounti/Saguhati tahunan.
· Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
· Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
· Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
· Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
· Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
· Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.
S: Apakah insentif dan kemudahan yang akan saya perolehi sekiranya saya menganggotai Askar Wataniah?
J: Dengan menganggotai AW, anda layak menerima elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan yang yang disediakan. Antara insentif ialah seperti berikut:-
· Elaun Latihan Tempatan.
· Elaun Latihan Berterusan & Kem Tahunan.
· Saguhati Tahunan (Bounti).
· Rangsum Percuma (Sajian Latihan) bagi latihan melebihi 10jam.
· Bekalan pakaian seragam percuma.
· Elaun Pakaian Seragam/Istiadat. (Pegawai)
· Bayaran Insentif Semenanjung dan Sabah/ Sarawak (BISM/ BISS).
· Perlindungan Perubatan.
· Skim Insurans Kelompok.
· Faedah Kematian dan Hilang Upaya
S: Apa Jenis Insentif Imbuhan Elaun Askar Wataniah?
J: Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:-
Elaun Latihan Tempatan : Pegawai RM 9.80/LLP RM 6.00 sejam. Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
Elaun Latihan Berterusan dan Elaun Latihan Tempatan : Melebihi 3 hari (72 jam) berterusan.
· Latihan Berterusan - 14 hari.
· Latihan Kem Tahunan - 15 hari.
Bayaran elaun harian mengikut skala tangga gaji sama seperti Angkatan Tetap.
Elaun Pemberian Pakar : (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) - Untuk pegawai atau anggota ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
Elaun Perjalanan : Dibayar bagi perjalanan menggunakan kenderaan persendirian dari tempat kediaman ke tempat latihan. Syarat-syarat tuntutan:-
·Menggunakan kenderaan persendirian (kereta atau motosikal).
·Membayar tambang pengangkutan awam (tiket bas, teksi dan keretapi). Kelayakan bayaran elaun pengangkutan adalah seperti berikut:
1. Latihan Tempatan (hujung minggu).
2. Latihan Berterusan dan Kem Tahunan.
Elaun Pakaian :
·Elaun Pakaian Istiadat : (RM 750.00) - Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
·Elaun Pakaian 'Outfit' : (RM 300.00) - Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
·Elaun Senggaraan Pakaian : (RM 125.00) - Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan pegawai.
·Elaun Pakaian Tauliah Kehormat : (RM 1000.00) - Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.
'Bounti' : Memenuhi syarat:-
·Kadar Penuh RM 520.00.
·Kadar Tiga Suku RM 390.00
·Kadar Separuh RM 260.00
Elaun Tamat Perkhidmatan : Mobilisasi 15% X Jumlah Bulan Genap Perkhidmatan Diakui X Gaji Akhir Pangkat Hakiki.
S: Apa latihan dan aktiviti yang perlu dijalani sebagai seorang anggota Askar Wataniah?
J: Selepas seseorang itu diiktiraf sebagai anggota Askar Wataniah mereka berkelayakan menjalani aktiviti-aktiviti latihan seperti berikut:-
Latihan Tempatan - Latihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
Latihan Berterusan - Latihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
Latihan Kem Tahunan - Ianya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.
Latihan Anggota Pakar - Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.
S: Bagaimanakah kerjaya sebagai Askar Wataniah?
J: Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:-
Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
S: Apakah pangkat-pangkat yang terdapat dalam Askar Wataniah?
J: Senarai pangkat-pangkat Askar Wataniah adalah sama dengan senarai pangkat-pangkat di dalam perkhidmatan Angkatan Tetap. Namun kini hanya pangkat-pangkat Brig Jen dan ke bawah sahaja yang terdapat di dalam Askar Wataniah:
PEGAWAI :
Hanya pangkat-pegawai Brig Jen dan ke bawah sahaja yang terdapat di dalam Askar Wataniah:
Leftenan Muda (LtM)
Leftenan (Lt)
Kapten (Kapt)
Mejar (Mej)
Leftenan Kolonel (Lt Kol)
Kolonel (Kol)
Brigadier Jeneral (Brig Jen)
Mejar Jeneral (Mej Jen)
Leftenan Jeneral (Lt Jen)
Jeneral (Jen)
Fil Masyal (FM)
LAIN-LAIN PANGKAT (LLP). :
Senarai pangkat LLP Askar Wataniah adalah seperti berikut:
Prebet (Pbt)
Lans Kopral (LKpl)
Kopral (Kpl)
Sarjan (Sjn)
Staf Sarjan (SSjn)
Pegawai Waren Dua (PWII)
Pegawai Waren Satu (PWI)
S: Bagaimana saya ingin dapatkan maklumat yang lebih lanjut?
J: Untuk menyertai pasukan Wataniah anda hanya perlu melapor ke pasukan Wataniah Siri 500 yang terdekat dengan anda dan mendapatkan taklimat dokumentasi bagi tujuan permohonan kemasukan.
S: Apakah pasukan Siri 500 Rejimen Askar Wataniah negeri-negeri?
J: Maklumat Pasukan-Pasukan Askar Wataniah Negeri
Rejimen 501 Askar Wataniah
Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bharu, Johor. Tel: 07-354 1088.
Rejimen 502 Askar Wataniah
Kem Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 03-6156 5688.
Rejimen 503 Askar Wataniah
Kem Jalan Tambun, 18, Jalan Raja Di-hilir, 30350 Ipoh, Perak. Tel: 05-254 9342.
Rejimen 504 Askar Wataniah
Kem Bukit Keteri, 02450 Kangar, Perlis. Tel: 04-938 2024.
Rejimen 505 Askar Wataniah
Kem Sungai Miang, 26600 Pekan, Pahang. Tel: 09-422 1104.
Rejimen 506 Askar Wataniah
Kem Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bahru, Kelantan. Tel: 09-775 3400.
Rejimen 507 Askar Wataniah
Kem Bukit Perwira, P.O.Box 11608, 88817 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-212 620/628.
Rejimen 508 Askar Wataniah
Kem Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Tel: 06-762 3411.
Rejimen 509 Askar Wataniah
Kem Lebuh Raya Peel, 10350 Pulau Pinang. Tel: 04-229 7001.
Rejimen 510 Askar Wataniah
Kem Sri Rejang, 96000 Sibu, Sarawak. Tel: 084-333 933.
Rejimen 511 Askar Wataniah
Kem Ria Kompleks, 93677 Kuching, Sarawak. Tel: 082-621 300.
Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin, Kuala Berang, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-622 9644.
Rejimen 513 Askar Wataniah
Kem Bukit Pinang, Kepala Batas, 06200 Alor Setar, Kedah. Tel: 04-423 5930.
Rejimen 514 Askar Wataniah
Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka. Tel: 06-233 2123/2130.
Rejimen 515 Askar Wataniah
Kem Wangsa Bukit Keramat, Jalan Buku Lima, 54000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2264 3400/3571.
Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Kukusan, 91000 Tawau, Sabah. Tel: 089-772 111/771.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR.
Tel: 03-2071 3332/2283/2281/3330/3346/4401/2306 atau 03-2692 1333 / 03-2694 1536 samb. : 2287 / 3332.
Faks: 03-26989235. Email : mktd_bps@yahoo.com
Laman Sesawang : http://army.mod.gov.my/raw/